Friday, November 13, 2009

Jangan nak memandai-mandai ...

Quote:
Pada prosiding hari ini, seorang penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu, seseorang individu tidak boleh mengajar kepada sesiapapun walaupun cuma sebaris ayat kalimah syahadah sekiranya tidak mendapat tauliah. : Utusan Malaysia

Apa yang aku faham lah dari sumber diatas, mak bapak tak boleh lah nak mengajar anak2 sendiri bersolat or membaca alQuran. Kalau nak juga mengajar anak2 tu kena pergi minta/apply tauliah dari JAIS dulu, walaupun mak bapak tu pandai mengaji .... ini mana yg tinggal diSelangor lah. Negeri2 lain aku tak pasti .. dah ada ruling ni jugak ke?

Seingat aku masa kanak2 dulu tinggal kat kampung, guru mengaji aku pun orang kampung .. tak ada mananya dia ada tauliah dari mana2 Jabatan nak mengajar mengaji .. nak mengajar solat!


Sabda Nabi SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama ..
1. Sedekah dan amal jariahnya
2. Doa anak-anaknya yang soleh
3. Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya pada orang lain."

Wallahuaklam ..



Thursday, November 12, 2009

Serupa tapi tak sama ...

Di petik dari akhbar Harian Metro



Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia


Kes nya pakcik umur 73 tahun yang berkopiah tu tikam isteri umur 70 tahun sampai mati sebab isteri dia minta diceraikan. Tu kes polis, biarlah mereka yg buat kerja. Tapi apa yang aku nak suruh you all buat ... teliti dua2 gambar tu, satu disiarkan oleh Harian Metro (atas) dan satu lagi disiarkan olih Utusan Malaysia (bawah yg kecik sikit) nampak memang sama saja tapi tak serupa. Cubalah cari kelainannya ....

Nampak tak? gambar yang atas tu ada lambang dacing kat payung biru tu ... tapi gambar yg sama bawah tu pulak payung tu "dah ditukarkan" tak ada dah gambar dacing tu ....

Sebab tu aku tak baca lagi surat kabar Utusan Malaysia ni bertahun2 dah .. simple saja sebabnya - suka menukar dan memutar belitkan kenyataan. Gambar gitu pun boleh diubah suainya, apatah lagi fakta berita/cerita. Bukan Utusan Malaysia saja yg aku tak baca, surat2 khabar yang seangkatannya pun aku tak suka baca.

Kalau bawak pi mahkamah kedua2 gambar tu sebagai bahan bukti, agak2 gambar yang mana akan diguna pakai? Lu fikir lah sendiri ....

Sunday, November 8, 2009

Bogayo amek kau jang !!

Tahniah pado semua pemain-pemain Negeri Sembilan. Tahniah juga kek Wan Jamak Wan Hassan sobab berjaya membimbing pasukan HobinJangHobin sampai jadi Juara Piala Malaysia .. 61 tahun moncuba!! akhirnya kini pastiiiii ....

Sobab lamo bona nunggu untuk monang ni .. biar lah den buek sikit entry pasal bola kek blog ni. Den maso mudo2 dulu pun peminat gak bolasepak ni .. tapi zaman tu memang best lah kalau ko studium tu .. tak macam sekarang takut nak pogi .. kang nayo kono molotov tu .. sesio kalo cacat semato-mato sobab nengok bola yang bulat!!

Teringat den ada sekali pergi Studium Nasional .. maso tu mudo lah anak pun kocik2 tinggal ngan mak mertuo .. final Selangor lawan mano ntah tak ingat... apo yg den ingat maso nak masuk studium tu .. punyolah sosak .. cicir selipar den!! den tongah2 .. dopan abang ipar, belakang den HeroBosa ... ntah sobab bersosak tu boleh pulak tercabut selipar kono pijak .. nak ambik tak buleh dah kang nayo kono lunyah .. so masuk yo lah kaki ayam!! *HeroBosa orang Selangor, so den konolah sokong .. masa tu N9 mana masuk buku!*

Kalo zaman den dulu, ganeh gak lah penyokong2 .. tapi sekadar menjorit2 .. boo sano, boo sini .. pret sano pret sini ngan trumpet tu ... paling kuek pun baling botol air mineral tu yo ... takdo bawak molotov dalam studium tu! menakutkan botul lah bebudak zaman sekarang ni ... studium tu den nampak cam medan porang malam tadi ... tu nengok kat TV, kalu kek situ lobih lagi lah agak eh kan? macam hilang pertimbangan sekadar kalah main bola yo baru .. kenapo korang tak bersomangat camtu bilo Islam di injak2?? den agak kalo camtu lah korang buek maso orang perlekehkan hukum2 Allah kek dunio ni .. takdo orang berani nak perlekehkan ugama kito kan?

Apo pun my HeroKocik memang seronok habih lah malam tadi ... Negeri Sembilan monang. "sekarang adik bangga jadi orang Negeri Sembilan!" umanggg selamo ni dio tak banggo jadi orang N9 ...

Saksikanlah gol pertama yang dibuek oleh ShahurAin yang memang cantik lah pado mato den ...



Welldone boys !!

Hobin jang hobinnn !!

p/s : sengajo buek entry ni slang noghori sobab cam raso soronok pulak jadi orang N9 dan jugak supayo anak2 yang kek noghori omputeh ngan noghori shahrukhan tu dapek lah prektis lidah !!

Kepada nieces n nephews yang rakyat selangor tu ... sobar yo lah !!

Monday, November 2, 2009

Tauliah apa lagi ?

Aku tak faham pulak motif alasan penahanan Ustaz DrAsri ni. Kalau dah pernah dilantik menjadi Mufti, jawatan tertinggi dalam institusi agama dinegara ni ... maknanya dia orang yang arif lah tentang agama ... telah mendapat tauliah lah untuk mengajar dan memberi khidmat nasihat dan pandangan tentang agama .. tak terjangkau pulak lah akal aku bila alasan penahanan nya cuma sebab tak ada tauliah mengajar????

Aku ada lah dengar desas desus tentang tidak puas hati sesetengah pehak tentang DrAsri ni lately bila ada ura2 nak lantik dia jadi YDP ....

Tapi entahlah .. memang pelik Malaysia ni sekarang macam-macam boleh jadi bila orang dah tak suka. Bila tidak sehaluan mulahlah dikatakan menyongsang ...

Wallahuaklam.

Bekas mufti ditahan

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my

AMPANG: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, 38, ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah banglo di Taman Seri Ukay, Hulu Klang, dekat sini, tengah malam tadi, dipercayai kerana memberi ceramah tanpa tauliah.

Beliau ditahan kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika dihubungi lewat malam tadi mengesahkan mengenai penahanan itu kerana memberi ceramah tanpa tauliah dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi juga mengesahkan Dr Mohd Asri ditahan sepasukan penguat kuasa Jais sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk membuat laporan tangkapan.

Sunday, November 1, 2009

Double celebrations ..


Project sambil berbaring-baring HeroBesar, meng'convert'kan tarikh lahir keluarga menurut kalendar Hijriah .. aku dengar saja dia membebel sorang2 belakang aku .. katanya mulai sekarang nak sambut tarikh lahir ikut haribulan Islam. Senyap-senyap aku letak sini. Here goes :

HeroBesar - 11 May = 25 Zulkaedah
memBesar - 08 January = 28 JamadilAkhir
GadisPertama - 03 February = 13 JamadilAwal
GadisKedua - 06 July = 21 Zulkaedah
GadisKetiga - 02 March = 04 Syaaban
HeroKecik - 17 July = 26 RabiulAkhir

Apa kata kita celebrate dua2?. Double lah juga hadiah yang kita dapat!! Bersedia lah ....

Kepada yang berminat, sila tengok disini !!

Sunday, October 25, 2009

Sepetang diKualaPilah ...


Alhamdulillah DrNadrah dah selamat memulakan langkah pertama kerjayanya di Hospital Daerah KualaPilah .. iyo kek kampong den lah tu. Dah 5 hari dah dia di sana ... rumah tempat tinggal OK dekat saja tak sampai 5 mins berjalan kaki, dlm kawasan hospital tu juga - selesa rumahnya.

Kerja? entahlah .. BZ saja anak aku tu, mula kerja 7:00am *tapi 6:30am dah ada kat ward* .. balik 12:00midnite *kekadang kul 1:00am masih kat ward* .. SMS pun payah apatah lagi nak menjawab panggilan .. nak buat camana nak ooi? dah itu jalan kerjaya yang you pilih .. terima sajalah dengan hati terbuka dan buatlah tugasan kerana Allah swt .. insyaAllah akan terasa nikmatnya.

Dulu semalam ada dia SMS minta belikan kasut yg lembut tapak dan selipar yang flat sole lembut juga ... katanya kakinya sakit berdiri berlama2an dengan kasut n selipar yg dia sedia ada ... aku fikir2 nak pergi belikan tapi HeroBesar kata sabar dulu, nanti beli tapi tak size lah, tak kena selera lah ... buat bazir saja. Aku tahankan dulu. Hari Jumaat aku SMS tanya, dia ada masa tak nak jumpa kami sekejap kalau kami datang visit? ... pendek saja dia jawab .. BZ takder masa .. OKlah, I rest my case. Tapi semalam petang aku dan HeroBesar, HeroKecik pergi lah bersenang diri mencuba untuk melawat DrNadrah, dlm hati jumpa kejap pun jadilah ... kami tak beritahu pun yang kami nak datang. Dah dekat nak sampai tu baru ler SMS ... "ibu dah kat Pilah ni, ada nak pesan beli makanan apa2 tak?" senyap takder berjawab. HeroBesar kata, sedang fikir dan susun ayat lah tu ...

"nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! beli lah apa2 sajaaa ... tapi kalau dapat KFC pun ok juga hahahah!" ... inilah cara anak aku menjawab ... macam dia tak kisah lah apa yg kami bawa or beri or beli ... tapi sebenarnya dia ada hidden agenda dia sendiri ... pandai kan?

Belikan dia KFC - snack plate hot n spicy dan happy meal untuk HeroKecik. Aku sebenarnya packed kan juga baju n tudung 2 - 3 helai bawak sama ... iyerlah manalah tahu kalau2 dia memerlukan extra, kalau ikutkan HeroBesar tu semua tak payah. HB nak anaknya tu belajar sendiri mengurus diri ... sebab suka tak dengar cakap aku dan cakap HB!! sebab tu HB ni berangin penuh dengan anak sulung aku tu, tapi aku kesian pulak!

Bila dah sampai, aku suruh dia turun ambil barang2. Alahaiiii the moment aku nampak dia, kesian aku nengok. Penat benar muka dia aku nampak, yerlah dah 6:30pm kan .. maknanya dia dah kat hospital tu 11 jam!! bukan kerja duduk kat meja, kerja round dari satu katil ke satu katil pesakit .. dari satu ward ke satu ward etc. Aku betulkan tudung dia, aku adjustkan baju dia. Aku tanya dia lebih kurang, dia pun cakap nak cepat saja sebab katanya dia sorang, dan dia cover ward yang aktif tak boleh nak tinggalkan. Tak sampai 5 mins pun agaknya, salam2 dan cium2 kami pun balik lah. Aku doakan anak aku tu dipermudahkan ALlah lah dalam urusan hariannya, dikuatkan semangat dan sihat tubuh badan supaya dapat dia menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Aku tak terus balik ke Seremban .. kami singgah rumah anak saudara aku tak jauh dari hospital tu. Saja sebab aku nak pulangkan tupperware dia. Masa dia datang lawat aku tempohari (raya) dia bawakan aku rendang ayam. Aku sayang anak saudara aku yang ni .. selain dari anak2 saudara aku yang 5 orang tu (anak2 abang aku) melekat sangat hati aku dengan dia sebab aku rasa dia saja yang banyak ambil tahu tentang aku .. aku sayang juga cucu2 sedara aku yang 4 orang tu!! Jarang kami berjumpa, tapi hanya Allah yang tahu perasaan aku pada diorang semua .. bangga aku dengan pencapaian kehidupan diorang, alhamdulillah.

So makan malam aku lastnite disponsor oleh anak saudara aku tu lah. Kami makan diRestoran Warisan (kat Kampung aku dah ada restoran jangan tak percaya) siap masuk news paper lagi! Superb lah tempat tu (sapo nak puji lagi kalau bukan den!) ... suasana yang sangat nyaman ditengah2 sawah kena pulak dengan hiburannya - Bongai ... camnilah rentak lagu bongai, tapi bongai yang aku tahu cuma diiringi oleh biola dengan tetawak saja. Bongai ni kan, aku teringat masa aku kecil2 dulu .. memang kerap lah nengok persembahan Bongai terutamanya masa cuti sekolah yang panjang dihujung tahun. Masa ni kan musim kanak2 lelaki berkhatan .. so siang berkhatan, maka malam akan diadakan lah majlis Bongai ni dari senja sampai kepagi bagi tujuan menghiburkan / melekakan orang yang berkhatan tu.

Ini ada a few shots yang ibu sempat captured untuk anak2 ibu yang jauh dimata, tapi dekat dihati ...

Restoran Warisan

abang Berahim - yang sponsor makan2 semoga Allah murahkan lagi rezeki dia

kanak2 ceria - adik square

kaklong n tokyah - peace!

tokyah n haziq

kekOnyangan ..

hiburan Bongai didendangkan while kita jamu selera tapi tak dengar pun sebab leka dengan makanan yang sedap2 ...

Baru sedar, gambar ibu dengan kaklang Sapur takder!!! takder rezeki lah kita nak glamor ...

Sabar yer anak2, nanti balik Malaysia .. kita pergi ramai2 rumah abang Berahim dan ajak dia belanja kat Restoran warisan ni, tu pun kalau adalah restoran tu by the time you all balik!! Doalah semoga rezeki abang Berahim bertambah banyak ... ameen.


Friday, October 2, 2009

Khairy Jamaluddin?

Hah!! dah jadi pelakun pulak budak Ghombau ni. Patutlah sekarang kurang sangat nampak dia didada-dada akhbar, tak aktif lagi muncul kat TV. Dah tukar kerjaya rupanya ...